Marcell pernah disindir tak layak jadi penyanyi - Utusan Malaysia

Marcell pernah disindir tak layak jadi penyanyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi kelahiran Indonesia, Marcell, mendedahkan dia pernah disindir rakan baiknya pada awal penglibatan sebagai penyanyi sekitar 20 tahun dahulu.

Kongsinya, dia bermula sebagai pemain dram dan rakan pemuziknya ketika itu tidak percaya, malah memerlinya apabila dia mencuba nasib sebagai penyanyi.

“Ketika itu, usia saya 19 tahun, masih muda. Bila saya mencuba nasib jadi penyanyi, saya disindir. Mereka cakap, saya melalui ‘imposter syndrom’, daripada seorang pemain dram kepada penyanyi.

“Mungkin mereka berasakan saya tidak menjadi diri sendiri. Tetapi, tidak mengapa, saya teruskan juga.

“Bayangkan dengan Hanya Memuji, saya menjelajah ke seluruh pelosok Indonesia, malah hingga ke Malaysia. Itu gila bukan?” katanya.

Marcell yang bakal mengadakan konsert di Zepp KL pada 9 Disember ini menambah, dia tidak pernah terbayang untuk menjadi penyanyi yang memiliki jutaan peminat seluruh dunia.

“Selama 10 tahun saya bermain dram, tiada siapa kenal. Menjadi penyanyi itu di luar imaginasi saya.

“Tahun pertama, saya seperti patung lilin. Berdiri sahaja di atas pentas, tidak boleh berbicara. Kaku dan kekok.

“Selepas berberapa tahun, saya bertemu titik nyaman. Sudah boleh mengusik peminat, berbual dan selesa di atas pentas,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya