‘Mana ada PN curi 10 ahli Parlimen BN'

‘Mana ada PN curi 10 ahli Parlimen BN’

Laut China Selatan
WAN AHMAD FAYHSAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) tidak mencuri 10 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), sebaliknya secara sukarela menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai  Perdana Menteri ke-10, kata Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, adalah menjadi hak setiap ahli Dewan Rakyat yang menang pilihan raya seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia untuk memberi sokongan kepada mana-mana ahli Dewan Rakyat untuk dicalonkan menjadi Perdana Menteri. 

“Mana ada istilah curi, tipu nak dapat akuan bersumpah! Mereka beri secara rela hati. Yang menipu adalah Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, tipu parti sendiri dan tipu Yang di-Pertuan Agong. 

“Ittaqullah (bertakwalah kepada Allah) Datuk Dr. Asyraf Wajdi! Di mana sifat rujulah (budiman) kamu dalam melawan kemungkaran Zahid Hamidi,” soal beliau dalam hantaran Facebook beliau.

Terdahulu, Ketua Pemuda BN, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memuji kepimpinan Pakatan Harapan (PH) dilihat ‘gentlemen’ atau bersikap budiman dan beradab untuk merintis kerjasama dengan BN berbanding PN yang senyap-senyap mencuri 10 ahli Parlimen parti itu untuk menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Kata Asyraf Wajdi, PN masih dengan perangai lama cuba buat ‘dealing’ (berunding) secara senyap-senyap dan mencuri 10 ahli-ahli Parlimen untuk tanda-tangan Surat Akuan Bersumpah (SD) menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Wan Ahmad Fayhsal kemudian membidas Asyraf Wajidi kerana bukan sahaja membisu seribu bahasa, tetapi juga bersikap bacul untuk menegur Ahmad Zahid yang menipu BN apabila menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Yang dia sampai hari ini membisu seribu bahasa ialah bacul menegur Zahid Hamidi yang jelas menipu Dewan Tertinggi BN dan ahli-ahli Parlimen BN yang jelas menolak Anwar Ibrahim dan DAP dalam membentuk kerajaan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya