Lima keluarga dipindahkan ke PPS SK Tok Deh

Lima keluarga dipindahkan ke PPS SK Tok Deh

Syed Abu Bakar Syed Mat Nor (baju putih) menyantuni penduduk yang berada di PPS SK Tok Deh, Rantau Panjang, Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Lima buah keluarga dari Kampung Tok Deh di sini terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh selepas rumah mereka ditenggelami banjir malam tadi.

PPS itu yang diaktifkan sejak pukul 9 pagi itu menempatkan 17 mangsa dari lima buah keluarga.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Penghulu Mukim Tok Deh Syed Abu Bakar Syed Mat Nor berkata, ketika ini paras air di kampung berkenaan masih bertahan.

Menurutnya, air yang masuk ke kawasan kampung berkenaan bukan dari Sungai Golok sebaliknya limpahan Sungai Tok Uban.

“Kita berharap cuaca akan bertambah baik dan air surut dengan cepat bagi memastikan penduduk dalam pulang ke rumah masing-masing dengan cepat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya