Lempeng Masjid An-Nur dapat sambutan

Lempeng Masjid An-Nur dapat sambutan

SEBAHAGIAN jemaah Masjid An-Nur menikmati sajian sarapan pagi selepas kuliah subuh di Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor., hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Masjid selain daripada fungsi utamanya untuk melaksanakan ibadat solat berjemaah perlu diperluaskan dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan supaya ia mampu memikat anak-anak kariah. 

Untuk itu, Masjid An-Nur (MAN), Saujana Utama, Sungai Buloh dekat sini mengambil inisiatif mewujudkan pasukan Krew Dapur Subuh (KDS) bagi menyediakan menu sarapan pagi selepas selesai kuliah subuh. 

Ketuanya, Azhar Sani berkata, KDS ditubuhkan melalui penyertaan sukarela golongan bapa untuk sama-sama menggembleng tenaga dan memeriahkan lagi aktiviti kemasyarakatan khususnya dalam kalangan jemaah MAN.

Katanya, kali ini menu yang disediakan secara live adalah lempeng kelapa dan lempeng tepung sebanyak enam kilogram yang dihidangkan bersama sambal sardin dan sambal goreng. 

“Selain itu, pihak masjid menempah lontong beserta kuah kacang, serunding kelapa dan sambal tumis,” katanya yang bertugas sebagai cef di sebuah hotel di Subang Jaya.

Cef Azhar Sani mengetuai acara memasak lempeng di Masjid An-Nur, Saujana Utama, Sungai Buloh di Selangor, pagi ini.

Program sarapan pagi itu diadakan dua kali sebulan pada hujung minggu. Sebelum ini, menu yang turut mendapat sambutan hangat adalah roti canai dan telur setengah masak yang dibuat secara live.

Sementara itu, Nazir MAN, Hamzah Md. Amin berkata, program itu akan diteruskan dari semasa ke semasa memandangkan sambutan menggalakkan dalam kalangan para jemaah termasuk golongan muslimat.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada yang menyumbang dalam bentuk wang ringgit, idea dan juga tenaga bagi menjayakan program sarapan selepas kuliah subuh di MAN,” katanya.

Sebahagian jemaah muslimat yang turut menikmati sarapan di Masjid An-Nur, Saujana Utama, Sungai Buloh hari ini.

Rata-rata para jemaah berpuashati dengan menu yang disajikan hari ini dan berharap ia dapat diadakan lagi di masa akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN