KJ tawar diri jadi DJ Sg. Buloh, bawa suara rakyat ke Parlimen , PBT

KJ tawar diri jadi DJ Sg. Buloh, bawa suara rakyat ke Parlimen , PBT

KHAIRY JAMALUDDIN bermah mesra bersama penduduk semasa berkempen di Parlimen Sungai Buloh semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin menawar diri menjadi juruhebah bagi pengundi di kerusi berkenaan.

Menurut Khairy, seorang wakil rakyat perlu menjadi individu yang mampu menyampaikan suara pengundi untuk dibawa ke Dewan Rakyat, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri.

“Ahli Parlimen mesti ada platform yang boleh memperjuangkan isu mereka dan saya menawarkan platform saya kerana bila saya cakap sesuatu mungkin akan dapat perhatian daripada kementerian, agensi dan pihak berkuasa tempatan.

“Jadi, saya menawarkan diri untuk menjadi seorang juruhebah atau jurucakap bagi rakyat Sungai Buloh,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada Program Kacau Wajik Durian di Kampung Paya Jaras Tengah, di sini semalam.

Jelasnya, pertemuan beliau dengan penduduk Paya Jaras misalnya mendapati pelbagai permasalahan dibangkitkan mereka termasuk tapak pasar malam, pembinaan masjid dan status geran tanah.

“Mereka memerlukan sokongan daripada Ahli Parlimen yang apabila bercakap orang akan ambil perhatian dan saya harap pengundi Sungai Buloh memberi saya peluang dan saya berjanji akan menggunakan suara saya untuk anda.

“Saya harap apabila saya bercakap pihak berkuasa berkaitan akan duduk (melihat permasalahan) dan mengambil perhatian,” katanya.

“Alhamdulillah setakat ini sambutan sangat baik,” katanya.

Parlimen Sungai Buloh bakal menyaksikan pertandingan tujuh penjuru melibatkan Khairy (BN), R. Ramanan (PH), Mohd. Ghazali Md. Hamin (PN), Mohd. Akmal Mohd. Yusof (GTA), Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan Nurhaslinda Basri serta Syed Abdul Razak Syed Long Alsagof masing-masing calon Bebas. Untuk rekod, Parlimen Sungai Buloh merupakan kerusi campuran yang disandang Sivarasa dari PKR sejak 2008 dan PRU lalu beliau memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti besar 26,634 undi. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya