Ketua Armada Bersatu tanding Bebas dikenakan tindakan

Ketua Armada Bersatu tanding Bebas dikenakan tindakan

HAJIJI Noor (depan-tengah) bersama barisan pemimpin kanan GRS lain semasa pelancaran manifesto GRS di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Riduan Balang yang bertanding atas tiket Bebas di kerusi Parlimen Tenom.

Riduan, yang juga Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tenom menjadi calon Bebas tanpa mendapatkan persetujuan parti.

Hajiji berkata, sekiranya benar calon itu adalah ahli Bersatu maka, tindakan sewajarnya akan diambil kerana parti tidak benarkan pertembungan berlaku di kerusi Parlimen yang ditandingi GRS dan Barisan Nasional.

Berdasarkan persetujuan yang dicapai, Jamawi Jaafar mewakili Barisan Nasional yang akan bertanding di kerusi P.181 Tenom.

Selain Riduan dan Jamawi, kerusi Parlimen Tenom turut ditandingi oleh Noorita Sual daripada Pakatan Harapan (PH), Ukim Buandi daripada Parti Warisan (Warisan) dan Peggy Chaw Zhi Ting (Bebas).

Mengulas tentang Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee, Hajiji berkata, beliau tidak boleh menghalang sesiapa untuk bertanding di Beluran.

Namun, Ronald bertanding menggunakan simbol Perikatan Nasional jadi terpulang kepada rakyat di kawasan itu untuk menilai.

Hajiji, yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah itu berkata, walaupun Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak setuju dengan tindakan GRS memberikan kerusi Parlimen Beluran kepada BN namun, itu sekadar pandangan Muhyiddin.

“Di Sabah ini keadaan politik kita berlainan sedikit, ada keunikannya jadi, kita olahkan politik kita mengikut cara Sabah,” katanya.

Pada PRU-15, kerusi Parlimen Beluran menyaksikan pertembungan lima penjuru antara Ronald, Benedict Asmar (BN), Rowiena Rasid daripada Parti Warisan (Warisan), Hausing Samsudin @ Sudin mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Felix Joseph Saang daripada Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mewakili Pakatan Harapan (PH).- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya