Kerusi Tioman jadi tumpuan

Kerusi Tioman jadi tumpuan

EMPAT daripada lima calon (dari kiri), Sulaiman Bakar, Johari Hussain, Osman A. Bakar dan Nor Idayu Hashim yang bertanding pada PRU15 DUN Tioman, 7 Disember ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman menjadi tumpuan ekoran jangkaan saingan sengit antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 7 Disember ini.

Pada PRU15 Sabtu lalu, BN menang 16 kerusi DUN, PN (17 kerusi) dan Pakatan Harapan (PH) lapan kerusi menyebabkan pertama kali dalam sejarah kerajaan negeri ini tergantung ekoran tiada parti memperoleh majoriti.

BN tentunya mahu menang di kerusi DUN Tioman bagi membolehkan kemenangan diperoleh mereka pada pilihan raya umum (PRU) kali ini seimbang dengan PN.

Bagi PN pula, kemenangan dapat memastikan parti itu mendominasi kerusi DUN di negeri ini walaupun belum mampu membentuk kerajaan negeri.

Pesuruhjaya Pas negeri, Rosli Abdul Jabar berkata, kemenangan kerusi DUN Tioman penting bagi menambah majoriti kemenangan PN dalam kerusi DUN di negeri ini.

Beliau berkata, dalam keadaan gelombang tsunami politik Melayu, PN semestinya menaruh harapan besar bagi memenangi kerusi berkenaan sekali gus menjarakkan jumlah dengan BN.

“Pada masa ini seluruh negara fokus kepada Tioman kerana kita (PN) menang 17 kerusi dan BN menang 16 kerusi manakala PH lapan kerusi.

“Maka sudah pasti kita fokus tambah satu kerusi lagi kerana tidak mahu kedudukan kita dan BN sama,” katanya di sini semalam.

Kerusi DUN Tioman menyaksikan pertandingan lima penjuru pada PRU15 yang diadakan semula, 7 Disember ini antara calon BN, Datuk Seri Johari Hussain, Nor Idayu Hashim (PN), Sulaiman Bakar (Bebas), Osman A. Bakar dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Mohd. Fadzli Mohd. Ramly (PH).

Mohd. Johari adalah penyandang kerusi DUN Tioman sejak 2008 dan menang majoriti 1,280 undi dalam saingan empat penjuru pada PRU14.

DUN Tioman mempunyai 28,465 pengundi termasuk 262 pengundi awal dan tiga pengundi pos. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×