PETALING JAYA: Saingan gabungan dan parti politik untuk membentuk Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) masih lagi terbuka. Setakat ini, tiada mana-mana parti yang dapat memberi jaminan boleh membentuk kerajaan selepas PRU15, Sabtu lalu. Malah, Yang di Pertuan Agong berkenan melanjutkan proses bagi ketua parti dan gabungan politik untuk menghantar persepakatan pembentukan kerajaan dan nama calon Perdana Menteri, sehingga pukul 2 petang hari ini. Menurut Datuk Pengelola Bijaya…










