Kerajaan komited fokus turun kadar pengangguran - Tengku Zafrul

Kerajaan komited fokus turun kadar pengangguran – Tengku Zafrul

TENGKU Zafrul menyerahkan faedah Perkeso kepada seorang penerima pada Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia di Kuala Selangor, hari ini. - FOTO/ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kerajaan komited memfokuskan penurunan kadar pengangguran dengan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan memulihkan semula sektor ekonomi yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, usaha seumpama itu secara tidak langsung membantu rakyat mendapatkan peluang pekerjaan di negara ini.

“Sewaktu pandemik, kita dapat lihat kejayaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menurunkan kadar pengangguran dengan membantu pekerja dan peniaga menerusi program subsidi upah.

“Inisiatif itu sekali gus menangani isu pengangguran dan kehilangan pekerjaan yang dialami oleh Keluarga Malaysia,” katanya selepas Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia di sini, hari ini.

Jelas Tengku Zafrul, kerajaan membelanjakan sebanyak RM21 bilion kepada 358,158 majikan melalui Program Subsidi Upah sejak diperkenalkan pada 1 April lalu.

“Pelaksanaan program berkenaan memberi manfaat kepada lebih 2.96 juta pekerjaan. Ini hasil pendekatan kerajaan yang sentiasa mendengar dan menghayati keluhan pekerja dan majikan selain terus menyelesaikannya,” ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan turut menyokong program penempatan pekerjaan melalui Portal MYFutureJobs  yang dikelola Kementerian Sumber Manusia menerusi Perkeso.

“Sehingga 14 Oktober lalu, portal pencarian pekerjaan itu berjaya membantu hampir 652,799 pencari kerja mendapatkan pekerjaanm

“Daripada jumlah itu, sebanyak 454,510 melibatkan penerima insentif Program Penggajian Penjana Kerjaya dan Program Jamin Kerja–Insentif Penggajian,” katanya.

Tambah Tengku Zafrul, Perkeso dengan kerjasama beberapa kementerian turut memperkenalkan Pusat Satelit MYFutureJobs bagi meningkatkan peluang pekerjaan terutama komuniti luar bandar.

“Sehingga kini, terdapat 150 pusat itu dan 12 daripadanya berada di Selangor. Menerusi Bajet 2023, kerajaan bercadang membangunkan 13 lagi Pusat Satelit itu di Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya