Kemudahan pintu masuk automatik Malaysia-Singapura

Kemudahan pintu masuk automatik Malaysia-Singapura

TENGKU Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika Majlis Perbarisan Tamat Latihan Pegawai-Pegawai Kadet Imigresen Gred KP41 dan KP29 Siri 1 Tahun 2022 di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kemudahan pintu automatik di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor untuk warganegara Singapura yang melakukan perjalanan harian ke negeri berkenaan dijangka boleh digunakan bermula awal Disember ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kemudahan itu bakal memberi faedah kepada 38,000 warga Singapura yang memasuki negeri Johor setiap hari bagi membeli-belah dan melakukan aktiviti rekreasi.

“Kita nak lakukan secepat mungkin kerana Disember sudah mula musim cuti, kalau boleh akhir bulan ini atau mungkin awal Disember (disiapkan).

“Selain itu, kemudahan berkenaan juga dapat mengurangkan kesesakan di waktu puncak, hujung minggu dan musim perayaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Pegawai-Pegawai Kadet Imigresen Gred KP41 dan KP29 Siri 1 Tahun 2022 di Dataran Pahlawan Negara di sini hari ini.

Selasa lalu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud melancarkan kemudahan pintu automatik untuk warga asing pemegang pas jangka panjang di Balai Ketibaan Antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau berkata, ia memberi manfaat kepada lebih 1.8 juta pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang pelbagai kategori di laluan keluar masuk KLIA dan KLIA2. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya