Kata semangat selebriti buat KJ

Kata semangat selebriti buat KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun tewas, calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin dihujani sokongan ramai, termasuk barisan selebriti yang mengagumi karisma dan kepemimpinannya sebagai wakil rakyat.

Sokongan dan dokongan bertali-arus itu turut diterjemahkan menerusi kata-kata semangat, termasuk daripada selebriti pada ruangan komen di Instagram beliau.

“Terima kasih atas perkhidmatan, kami tahu anda akan kembali dengan lebih kuat,” tulis penyanyi dan pengacara, Alif Satar.

“Semoga kembali lebih kuat,” itu yang dititipkan pelakon dan usahawan, Fizo Omar.

Sementara itu, pelakon, penyanyi dan pengarah, Liyana Jasmay pula berterima kasih atas sumbangan KJ dan menyifatkan beliau sebagai antara Menteri Kesihatan terbaik sepanjang perkhidmatannya.

“Saya doakan anda tidak sesekali berhenti menjadi ahli politik dan beroleh lebih banyak kekuatan,” katanya.

Bagi pengacara, Amin Idris, dia berharap Khairy akan terus menabur bakti kepada rakyat kerana khidmatnya masih diperlukan.

“Terima kasih Yang Berhormat. Anda sudah banyak berkorban untuk negara. Kami percaya ini bukan pengakhiran untuk anda. Harap dapat buat kemunculan semula,” tulisnya.

Terdahulu, Khairy memuat naik hantaran di Instagram mengenai usaha sehabis baik yang sudah dilakukannya sepanjang kempen PRU15.

Beliau bagaimanapun, akur dengan kekalahan tipis tersebut dan menegaskan, keputusan itu sama sekali tidak boleh diubah biarpun ramai penduduk Sungai Buloh kecewa.

Khairy memperoleh 48,250 undi, tewas kepada Datuk R. Ramanan (PKR) yang meraih 50,943 dengan perbezaan tipis 2,693 undi.

Calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Ghazali Md. Hamin pula menerima 29,060 undi, manakala calon Pejuang, Mohd. Akmal Mohd. Yusof mendapat 829 undi.

Ahmad Jufliz Faiza dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) menerima 279 undi, Syed Abdul Razak Syed Long Alsagof (Bebas) dengan 165 undi dan Nurhaslinda Basri (Bebas) meraih 113 undi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya