Kanak-kanak perempuan maut didera bapa tiri

Kanak-kanak perempuan maut dipercayai didera bapa tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan maut dipercayai akibat didera bapa tirinya di rumah mereka dekat sini, kelmarin.

Mangsa berusia 11 tahun dibawa ke Hospital Serdang pukul 11.33 malam tadi selepas tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, mangsa dipercayai maut selepas mengalami kecederaan di kepala akibat dihentak objek tumpul selain ususnya pecah.

Menurutnya, mangsa yang menaiki ambulans disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital tersebut.

“Hasil pemeriksaan terdapat kesan-kesan cedera lebam di bahagian punggung, buah dada dan lengan tangan mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, bertindak atas maklumat, bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menahan bapa tiri mangsa berusia 53 tahun pada pukul 2.25 petang ini.

Katanya, suspek ditahan di pekarangan Hospital Serdang.

“Siasatan lanjut mendapati suspek mengaku ada memukul mangsa sebelum ini termasuk menggunakan baldi di dalam tandas akibat marah dengan mangsa yang sering membuat masalah di rumah ketika ketiadaan isterinya di rumah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori dan gantung sampai mati sekiranya disabitkan kesalahan,” katanya.

Tambah beliau, orang awam yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini boleh berhubung dengan polis termasuk menghubungi Pegawai Penyiasat kes Asisten Superintendan Ray Erindra Raj di talian 019-6616640. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.