fbpx

Kak Gee teruja lihat nama sendiri atas kertas undi

MARZUANI Ardila Ariffin (kanan) membuang undi buat kali pertama sebagai calon di SK Ketereh, Kota Bharu, Kelantan.

KOTA BHARU : Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Ketereh, Marzuani Ardila Ariffin, 39, mengakui teruja apabila namamya tertera sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Marzuani atau Kak Gee, perasaan itu berbeza berbanding sebelum yang hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi calon BN bagi Parlimen Ketereh pada pilihan raya terdahulu.

“Melihat kepada suasana hari ini, saya amat gementar. Ini pertama kali saya mengundi sebagai calon. 

“Sebelum ini, saya mengundi calon BN lain untuk Parlimen ini. Tetapi, kali ini saya amat teruja apabila melihat nama sendiri pada kertas undi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketereh di sini hari ini.

Terdahulu, Marzuani Ardilla tiba di pusat mengundi itu pada pukul 9.05 pagi sebelum selesai menunaikan tanggungjawabnya kira-kira 20 minit kemudian.

Marzuani merupakan calon BN bagi Parlimen Ketereh selepas penyandangnya, Tan Sri Annuar Musa tidak dicalon untuk mempertahankan kerusi itu pada PRU15. – UTUSAN

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN