Jin BTS sertai tentera 13 Disember

Jin BTS sertai tentera 13 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Ahli kumpulan K-pop BTS, Jin dilaporkan akan menyertai perkhidmatan mandatori ketenteraan pada 13 Disember ini.

Menurut laporan akhbar Aju Business Daily di Korea Selatan, Jin akan menjalani latihan di Yeoncheon, wilayah Gyeonggi selama lima minggu sebelum dihantar ke unit barisan hadapan tentera.

Bagaimanapun, jurucakap agensi BTS, HYBE dan Kementerian Pertahanan Korea Selatan enggan memberikan sebarang maklum balas berhubung perkara itu.

Minggu lalu, Jin atau nama sebenarnya, Kim Seok Jin yang akan mencecah umur 30 tahun pada 4 Disember ini, memberi gambaran menerusi media sosial berhubung dirinya yang akan menyertai unit barisan hadapan.

Oktober lalu, kumpulan K-pop terkenal itu mengumumkan akan menyertai perkhidmatan ketenteraan bermula dengan Jin.

HYBE sebelum ini memaklumkan, kesemua ahli kumpulan itu merancang untuk meneruskan projek individu dan bergabung semula pada 2025 selepas mereka selesai menyertai latihan tersebut.

Korea Selatan mewajibkan kesemua lelaki yang sihat tubuh badan berusia 18 hingga 28 tahun berkhidmat dalam tentera selama 18 hingga 21 bulan.

Bagaimanapun, pengecualian diberikan atau tempoh perkhidmatan dipendekkan bagi beberapa kategori, termasuk pemenang pingat Sukan Olimpik dan Asia serta penari dan pemuzik yang memenangi kategori utama dalam pertandingan tertentu.

Beberapa penggubal undang-undang juga menggesa BTS dikecualikan daripada perkhidmatan tersebut.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya