BTS anjur konsert percuma di Busan - Utusan Malaysia

BTS anjur konsert percuma di Busan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUSAN: Kumpulan K-Pop terkenal, BTS akan menganjurkan konsert percuma di Gijang-gun, Busan, Korea Selatan sempena World Expo 2030 pada 15 Oktober ini.

Penganjuran konsert di bandar kedua terbesar di Korea Selatan itu dijangka menarik kehadiran seramai 100,000 penonton.

Ketika majlis anugerah 2022 The Fact Music Awards, kelmarin, anggota BTS, J-Hope dan RM memberikan klu mengenai konsert percuma itu.

Anggota BTS berjanji akan memberikan persembahan yang memukau, sekali gus mempromosikan kebudayaan Korea di seluruh dunia.

BTS atau Bangtan Boys ditubuhkan pada 2010 dan memulakan kerjaya di bawah Big Hit Entertainment pada 2013.

Kumpulan ini terdiri daripada tujuh ahli iaitu Jin, Jimin, V, J-Hope, Suga, RM dan Jungkook.

Jun lalu, kumpulan yang berjaya mencipta fenomena seantero dunia itu mengumumkan mereka akan berehat seketika daripada aktiviti seni berkumpulan bagi memberi fokus kepada projek solo masing-masing.

Bagaimanapun, pengumuman itu tidak merujuk kepada tindakan untuk berpecah, selain memberi jaminan mereka akan kembali bersama menghasilkan lagu kelak.

Perkara tersebut diumumkan mereka menerusi sebuah video di YouTube yang memaparkan ketujuh-tujuh anggota kumpulan ini sedang berbincang mengenai harapan mereka sebagai sebuah kumpulan dan juga artis solo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya