Hishammuddin nafi ditawarkan jawatan PM - Utusan Malaysia

Hishammuddin nafi ditawarkan jawatan PM

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Bendahari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan laporan mengatakan beliau ditawarkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 sekiranya BN bergabung dengan Perikatan Nasional (PN).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata, ramai menyebarkan perkara itu, namun menegaskan ia tidak benar sama sekali.

Beliau tidak sesekali terlibat dalam sebarang rundingan, sama ada dengan PN, mahupun Pakatan Harapan (PH).

“Saya juga tidak pernah ditawarkan apa-apa jawatan, jika pihak yang menyiarkan berita ini tidak menarik semula artikel berkenaan dengan serta-merta, saya akan mengambil tindakan undang-undang,” katanya dalam hantaran terbaharu menerusi laman sosial Facebooknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN