'Hanya perjumpaan biasa PN'

‘Hanya perjumpaan biasa PN’

AHMAD Samsuri Mokhtar melambai ke arah petugas media ketika keluar dari kawasan perumahan Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, hari ini. -UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof menyifatkan perjumpaan pemimpin tertinggi Perikatan Nasional (PN) di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini, hari ini sebagai pertemuan biasa.

Katanya, pertemuaan berkenaan sebagai tanda sokongan mereka terhadap pelantikan Pengerusi PN itu sebagai Perdana Menteri Ke-10.

“Perjumpaan hari ni adalah perjumpaan biasa bagi memberi sokongan kepada Muhyiddin,” katanya kepada pemberita selepas meninggalkan kediaman berkenaan.

Ketika ditanya apakah mana-mana Ahli Parlimen di luar gabungan PN yang menarik sokongan terhadap Muhyidin, beliau bagaimanapun tidak mengetahui tentang perkara tersebut.

Terdahulu, selain Mohd. Redzuan, Kenderaan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar antara yang terawal meninggalkan kediaman Muhyiddin.

Ahmad Samsuri dilihat keluar kira-kira pukul 11.49 pagi.

Beliau yang juga Naib Presiden Pas  melambai ke arah petugas media yang menunggu di kawasan berkenaan.

Muhyiddin yang merupakan Presiden Bersatu dikatakan akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10 di Istana Negara dalam satu majlis kira-kira pukul 4 petang ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya