GV9 ditambah satu minggu lagi, Dina terselamat daripada penyingkiran

GV9 ditambah satu minggu lagi, Dina terselamat daripada penyingkiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Persaingan program hiburan popular, Gegar Vaganza musim kesembilan ditambah satu minggu lagi, sekali gus menyaksikan pentas akhir yang sepatutnya berlangsung pada 20 November ini dianjakkan pada minggu berikutnya iaitu 27 November.

Perkara itu diumumkan pengacara program terbabit, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein pada awal persaingan minggu kelapan GV9 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, malam tadi.

Penambahan minggu persaingan itu secara tidak langsung memberi ruang kepada kesemua peserta yang masih bertahan mempamerkan keampuhan bakat masing-masing untuk berjuang melayakkan diri ke peringkat akhir.

Sementara itu, pada persaingan minggu kelapan, penyanyi Jaclyn Victor kembali merampas kedudukan pertama, mengetepikan lapan peserta lain untuk terus selesa dalam pertandingan itu.

Jaclyn yang membawakan lagu Lelaki Ini dipopularkan Anuar Zain berjaya mencuri tumpuan juri, sekali gus melayakkannya merangkul Anugerah Bintang Memukau Adabi dan membawa pulang RM1,000.

Kumpulan V.E pula berpuas hati pada kedudukan kedua, diikuti Tomok yang meraih kedudukan selesa pada tempat ketiga.

Dina Nadzir yang membawakan lagu Hijau dipopularkan Datuk Zainal Abidin terpaksa akur pada kedudukan tercorot, namun mampu menarik nafas lega apabila terselamat kerana tiada penyingkiran diumumkan.

Sementara itu, juara Next Level Digi pula menjadi milik Tomok, manakala Bob menerima Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak.

Konsert kelapan GV9 yang bertemakan Kata Dikota, Nama Di Carta menampilkan Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap, selain penyanyi negara seberang, Raisa, selaku juri jemputan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN