GRS sertai kerajaan perpaduan -  PM

GRS sertai kerajaan perpaduan –  PM

ANWAR Ibrahim tiba di Bangunan Perdana Putra untuk memulakan tugas sebagai Perdana Menteri pada hari pertama di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengesahkan bahawa blok parti itu menyertai secara rasmi kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, perkara itu dimaklumkan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor kepada beliau sekali gus kekuatan induk kerajaan perpaduan kini mencecah kekuatan dua pertiga ahli Parlimen yang merangkumi blok Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasioanal (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). 

 “Datuk Seri Hajiji memaklumkan bahawa GRS juga secara rasmi menyertai kerajaan perpaduan. Ini bermakna kekuatan induk semalam (selepas penyertaan GPS), sekarang ada GRS yang menunjukkan kita sudah mencecah kekuatan dua pertiga ahli Parlimen.

“Ia memperkukuh kestabilan politik negara dan boleh menumpukan perhatian kerja-kerja kita untuk mengangkat martabat negara dan mengukuhkan ekonomi dengan membela nasib rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas secara rasmi memulakan tugas sebagai Perdana Menteri ke-10 di Pejabat Perdana Menteri, di sini hari ini. – UTUSAN

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN