Empat ejen bookie Piala Dunia diberkas

Empat ejen bookie Piala Dunia diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat ejen bookie pertaruhan judi bola sepak Piala Dunia ditahan polis dalam serbuan di sebuah kediaman di Taman Bukit Maluri Kepong dekat sini, kelmarin.

Kesemua suspek berusia 40 tahun hingga 48 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10.15 malam dalam operasi dijalankan sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul. 

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, siasatan mendapati kegiatan perjudian itu berselindung di sebalik sebuah kediaman yang dipercayai beroperasi sejak sebulan lalu. 

Katanya, kesemua mereka terlibat dalam menjalankan kegiatan perjudian dalam talian melibatkan pertaruhan judi bola sepak Piala Dunia Qatar 2022.

“Dalam serbuan tersebut,  polis merampas tiga unit telefon bimbit pelbagai jenama, modem, unit tablet, dua komputer riba dan kunci rumah.

“Kesemua suspek  direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, pemeriksaan lanjut mendapati, seorang daripada suspek mempunyai satu rekod kesalahan jenayah lampau. 

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana menguruskan aktiviti perjudian dalam talian, Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 kerana menjadi ejen perjudian bola sepak dan Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953 kerana bermain judi dalam talian.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak terlibat dalam mana-mana aktiviti perjudian. 

“Tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang terlibat dalam aktiviti tersebut. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang perlakuan jenayah boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di 03-40482222,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.