Empat bersaudara tidur di PPS sebelum mengundi

Empat bersaudara tidur di PPS sebelum mengundi

SITI Aisyah Zuhariman (kiri) menunjukkan rekodnya sebagai pengundi PRU15 di PPS SK Kubang Kuau, Rantau Panjang, Kelantan. - UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Tiga beradik dari Kuala Lumpur bersama seorang saudara mereka yang merupakan pengundi luar bagi Parlimen Rantau Panjang sanggup tidur di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kuau, sejak kelmarin untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Nurul Syahirah Mohd. Aris, 25, dan dua adiknya, Nurul Syazwani, 23, serta Nurul Nusuha, 20, yang bekerja di ibu negara tiada pilihan lain selepas rumah keluarga di mereka di Kubang Kuau masih digenangi air.

Nuru Nasuha berkata, dia bersama dua kakaknya dan saudara mereka, Siti Aisyah Zuhariman, 26, menaiki sebuah kereta dan menempuh perjalanan selama 12 jam termasuk kesesakan lalu lintas untuk pulang, namun tiada tempat tinggal apabila tiba di kampung.

“Keluarga kami sudah berada di PPS itu sejak enam hari lalu. Kami tiada pilihan lain dan perlu bermalam di PPS bersama mereka.

“Kami merancang kembali ke ibu negara pada hari Ahad ini. Meskipun menempuh pelbagai dugaan, kami tiga beradik tetap menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia pada PRU15,” katanya ketika ditemui di PPS itu semalam.

Sebelum itu, Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kerjasama Pasukan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) telah menjalankan gotong-royong di sekolah tersebut.

Sementara itu, Siti Aisyah berkata, menumpang di PPS tidak menjadi halangan buatnya untuk keluar mengundi hari ini.

Katanya, secara kebetulan, pusat mengundi buatnya adalah sekolah tersebut yang juga merupakan PPS menempatkan mangsa banjir.

“Saya akan keluar awal pagi untuk mengundi di bangunan sebelah. Selepas mengundi, kami pulang untuk bersihkan rumah memandangkan banjir semakin surut,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya