Dua warga emas ditahan anjur judi Piala Dunia Qatar

Dua warga emas ditahan anjur judi Piala Dunia Qatar

SALAH satu catatan pertaruhan yang terdapat di dalam telefon bimbit milik suspek yang ditahan di Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Dua lelaki warga emas berusia 57 dan 62 tahun ditahan di sebuah restoran di bandar ini kerana disyaki menjalankan kegiatan perjudian bola sepak Piala Dunia Qatar 2022.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kedua-dua lelaki berkenaan ditahan pukul 8.45 malam tadi. 

Pihak polis merampas dua buah telefon bimbit dan wang tunai sebanyak RM410. 

“Semakan lanjut di dalam telefon bimbit yang dirampas mendapati kedua-dua suspek mempunyai jumlah limit akaun perjudian dalam talian sebanyak RM15,000.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 kerana menjalankan catatan taruh judi bola sepak yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM20,000 dan tidak melebihi RM200,000 ataupun dipenjara tidak melebihi lima tahun jika disabitkan kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurut Ismail, kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan lanjut.

Orang ramai diminta untuk menyalurkan maklumat perjudian bola sepak kepada pihak polis sepanjang kejohanan Piala Dunia Qatar 2022 yang sedang berlangsung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya