Dua sahabat dicekup pecah rumah, kedai

Dua sahabat dicekup pecah rumah, kedai

AHMAD RIDHWAN Mohd. Nor (kanan),menunjukkan barangan yang dirampas daripada suspek di Pandamaran, Klang, Selangor,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Kelicikan dua sahabat memecah masuk enam rumah dan premis perniagaan di sekitar daerah ini sejak dua bulan lalu berakhir apabila mereka dicekup polis, kelmarin.

Kedua-dua suspek termasuk seorang warga Indonesia berusia 36 dan 44 tahun itu ditahan berasingan di sekitar Pandamaran, Klang bermula pukul 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, penahanan itu dilakukan hasil laporan seorang pemilik kedai yang dipecah masuk di Jenjarom, Isnin lalu.

“Bertindak atas maklumat dan risikan, polis berjaya menahan dua lelaki berkenaan sehingga pukul 4.50 petang kelmarin.

“Kita turut merampas pelbagai barangan seperti telefon bimbit, komputer riba dan kamera selain pemutar skru serta pemotong wayar yang digunakan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, semakan mendapati salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

“Dengan tertangkapnya mereka, polis berjaya menyelesaikan empat kes di Saujana Putra dan dua kes di Banting melibatkan kerugian kira-kira RM60,000.

“Dua suspek itu direman selama enam hari sehingga Selasa minggu depan bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya