Daripada kerajaan perpaduan, kini jadi kerajaan permuafakatan

Daripada kerajaan perpaduan, kini jadi kerajaan permuafakatan

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan kini bertukar sebagai ‘Grand Coalition’ atau kerajaan permuafakatan besar parti-parti politik setelah Perikatan Nasional (PN) menolak tawaran kerajaan perpaduan, kata Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) itu berkata, kerajaan setakat ini mempunyai sokongan 148 ahli Parlimen iaitu melebihi dua pertiga dan sebelum diabsahkan di Dewan Rakyat kelak melalui undi percaya.

“Komposisi kerajaan dan pembangkang adalah seperti berikut kerajaan 148 (majoriti 2/3), pembangkang 73; belum tahu keputusan, satu (Padang Serai). Jumlah keseluruhan Parlimen adalah 222,” katanya dalam Facebook beliau.

Setakat ini, kerajaan perpaduan disertai PH mempunyai 82 kerusi dan diikuti Barisan Nasional (30), Gabungan Parti Sarawak (23), dan Gabungan Rakyat Sabah (enam) serta parti-parti lain dengan keseluruhan kekuatan kini hampir mencecah dua pertiga ahli Parlimen.

PN menolak tawaran menyertai kerajaan perpaduan kerana mahu duduk di blok pembangkang sebagai semak dan seimbang dalam Dewan Rakyat.

Justeru, Asyraf Wajdi berkata, dengan permuafakatan membentuk kerajaan kukuh yang mencapai majoriti dua pertiga itu, diharapkan pentadbiran negara yang stabil dapat beroperasi demi mewujudkan keyakinan pelabur sekal igus mencapai kemakmuran diinginkan rakyat.

Katanya, pembangkang juga dapat berperanan dengan lebih efektif sebagai ejen semak dan imbang yang baik untuk perjalanan sistem demokrasi yang mampu memanfaafkan dan mensejahterakan rakyat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya