Covid-19: majoriti negeri catat kes tiga angka

Covid-19: majoriti negeri catat kes tiga angka

JUMLAH kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi kategori 1 dan 2 turut meningkat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 3,024 kes berbanding kelmarin, 2,877 kes sekali gus mengatasi 2,969 kes sembuh.

Kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 41,713 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 4,981,374 kes.

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,069 kes diikuti Melaka (268), Sabah (266), Kuala Lumpur (223), Pulau Pinang (178), Sarawak (145), Putrajaya (140) Perak (132), Kedah (126), Kelantan (114), Negeri Sembilan (106) dan Pahang (102).

Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Terengganu (72), Johor (49) dan Labuan (27), manakala hanya satu lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Perlis, tujuh kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 700 orang, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) merekodkan 97 kes, selain mereka memerlukan alat bantuan pernafasan berjumlah 52 kes.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan lapan kes dengan dua daripadanya kematian yang dibawa ke hospital (BID) sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,644 kes  (7,798 kes BID). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya