Covid-19: Lembah Klang catat 2,517 kes

Covid-19: Lembah Klang catat 2,517 kes

PETUGAS kesihatan melakukan ujian calitan mengesan Covid-19 di Xiamen, wilayah Fujian, timur China. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 3,913 kes berbanding kelmarin, 3,802 kes sekali gus mengatasi 3,774 kes sembuh.

Kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 44,143 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 4,927,451 kes. 

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,731 kes sekali gus mengatasi Kuala Lumpur (739) diikuti Perak (189), Sabah (274), Negeri Sembilan (211), Pulau Pinang (207), Melaka (122), Kedah (122), 

Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Pahang (80), Sarawak (48), Kelantan (48), Putrajaya (47), Johor (45), Terengganu (43) dan Labuan (14), manakala dua lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Labuan, empat kes dan Perlis, tiga kes.

 Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 506 orang berbanding kelmarin, 521 orang; kes  memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) merekodkan 67 kes dan memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 50 kes bersamaan jumlah kelmarin. 

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan lima kes berbanding jumlah kelmarin, dua kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,487 kes selain dua kes kematian dibawa ke hospital (BID) dilaporkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya