Covid-19: Kes positif turun bawah 3,000

Covid-19: Kes positif turun bawah 3,000

PESAKIT Covid-19 yang diwadkan seramai 628 orang. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,898 kes berbanding kelmarin, 3,024 kes sekali gus mengatasi 2,789 kes sembuh.

Kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 41,713 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 4,984,272 kes.

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,270 kes diikuti Sabah (210), Kuala Lumpur (206), Melaka (197), Sarawak (176), Perak (153), Pulau Pinang (120), Kedah (109), Pahang (106) dan Negeri Sembilan (102).

Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Terengganu (77), Putrajaya (72), Kelantan (66), Johor (47) dan Labuan (18), manakala hanya satu lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Perlis, sembilan kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 628 orang berbanding kelmarin, 700 orang selain 97 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan 52 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam perkembangan melibatkan kematian, sejumlah empat kes direkodkan berbanding jumlah kelmarin, lapan kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,648 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya