Covid-19: Kes positif turun bawah 3,000

Covid-19: Kes positif turun bawah 3,000

PENGEBUMIAN JENAZAH ISLAM sewajarnya disempurnakan dalam tempoh 2 minggu .GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,882 kes berbanding kelmarin, 3,245 kes sekali gus diatasi 4,730 kes sembuh.

Kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 38,394 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 4,946,583 kes.

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,240 kes sekali gus mengatasi Sabah (257) diikuti Kuala Lumpur (227), Pulau Pinang (190), Melaka (158), Negeri Sembilan (121), Kedah (109), Perak (107), Sarawak (104) dan Pahang (103).

Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Putrajaya (95), Kelantan (66), Johor (49), Terengganu (35) dan Labuan (17) selain hanya satu negeri mencatatkan satu angka kes iaitu Perlis, empat kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 570 orang; kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 84 kes dan jjumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 62 kes bersamaan jumlah kelmarin, 63 kes.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan sembilan kes berbanding jumlah kelmarin, empat kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,546 kes, manakala, tiga kes kematian dibawa ke hospital (BID) dilaporkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya