Covid-19: Kes positif turun bawah 2,000

Covid-19: Kes positif turun bawah 2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,672 kes berbanding kelmarin, 2,465 kes sekali gus diatasi 2,722 kes sembuh.

Kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 20,835 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 4,990,431 kes.

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 619 kes diikuti Kuala Lumpur (134), Kedah (133) dan Sabah (103).

Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Melaka (89), Negeri Sembilan (84), Pulau Pinang (81), Sarawak (80), Kelantan (77), Perak (66), Terengganu (57), Putrajaya (52), Pahang (46) dan Johor (39), manakala hanya satu lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Labuan, sembilan kes dan Perlis, tiga kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 541 orang berbanding kelmarin, 555 orang, kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) sebanyak 94 kes dan jumlah pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 52 kes.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan 10 kes berbanding jumlah kelmarin, lima kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,667 kes, selain dua kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan (7,802 kes terkumpul). – UTUSAN

End

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.