Covid-19: Kes positif lebih 2,000; 14 kematian

Covid-19: Kes positif lebih 2,000; 14 kematian

SEMBURAN hidung berfungsi meneutralkan virus Covid-19 dan menghentikan jangkitan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,121 kes berbanding kelmarin, 1,633 kes sekali gus mengatasi 1,764 kes sembuh.

Kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 19,511 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 4,969,420 kes.

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,073 kes diikuti Kuala Lumpur (156), Melaka (112) dan Sabah (109).

Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Kedah (98), Kelantan (86), Sarawak (77), Perak (74), Pulau Pinang (69), Negeri Sembilan (60), Terengganu (55), Putrajaya (54), Pahang (54), Johor (31) dan Labuan (11), manakala hanya satu lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Perlis, dua kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 650 orang berbanding kelmarin, 564 orang, selain 92 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) serta 58 kes  memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan 14 kes berbanding jumlah kelmarin, dua kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,609 kes, manakala empat kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah terkumpul sebanyak 7,787 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya