PRU15: Calon BN Bukit Mertajam positif Covid-19 - Utusan Malaysia

PRU15: Calon BN Bukit Mertajam positif Covid-19

CALON BN kerusi Parlimen Bukit Mertajam, Tan Yang Pang disahkan positif Covid-19 pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Bukit Mertajam, Tan Yang Pang disahkan positif Covid-19, pagi ini.

Yang Pang atau lebih mesra disapa sebagai ‘Ah Pang” daripada parti MCA memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di laman Facebook miliknya hari ini.

“Minta maaf kepada pengundi-pengundi di Bukit Mertajam kerana pagi ini saya telah dikesan ‘Covid Positive’.

“Walaupun saya perlu menjalankan kurantin kendiri di rumah, kempen-kempen saya akan diteruskan oleh rakan pejuangan Team Ah Pang. Saya juga hendak meminta maaf kerana tidak dapat memberi risalah saya dengan tangan sendiri.

“Rakan Team Ah Pang juga akan memantau keadaan paras air di kawasan-kawasan banjir. Team Ah Pang akan cuba sedaya upaya untuk menghulur bantuan kepada mangsa. Jika perlu bantuan boleh hubungi bilik operasi 04-5394003,” katanya dalam hantaran tersebut.

Pada PRU15 ini, beliau akan menentang penyandang kerusi Parlimen tersebut, Steven Sim yang mewakili Pakatan Harapan daripada DAP serta calon Perikatan Nasional (PN), Steven Koh dari Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya