BN tidak pernah berunding bentuk kerajaan PN - Utusan Malaysia

BN tidak pernah berunding bentuk kerajaan PN

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) tidak pernah sama sekali berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberikan persetujuan bagi menubuhkan kerajaan bersama dengan Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada sebarang perundingan dengan PN setakat ini yang boleh membawa maksud kepada adanya persefahaman membentuk kerajaan dengan gabungan berkenaan.

Dalam pada itu, katanya, semua ahli Parlimen BN memenangi PRU15  menandatangani akujanji dan memberi mandat kepadanya selaku Presiden untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan kerajaan.

“Sehubungan ini, mana-mana ahli Parlimen yang melanggar arahan parti akan mengakibatkan pelepasan keahlian parti termasuk kerusi Parlimen, selaras dengan undang-undang larangan Ali Dewan Rakyat bertukar parti seperti yang termaktub di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid merujuk kenyataan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyatakan persetujuan untuk GPS bekerjasama dengan PN, BN dan dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi membentuk Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya