BN sokong usul undi percaya Anwar Ibrahim walau berisiko  - Utusan Malaysia

BN sokong usul undi percaya Anwar Ibrahim walau berisiko 

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) akan menyokong usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya keabsahannya sebagai ketua kerajaan dimuktamadkan, sekali gus menghentikan pertikaian dibawa pihak tertentu.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sokongan usul undi percaya itu berdasarkan prinsip menjunjung  titah dan menghormati Perdana Menteri baharu yang telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Insha-Allah BN akan menyokong usul undi percaya kepada Perdana Menteri agar keabsahan Perdana Menteri dimuktamadkan dan pihak yang cuba mempertikai akan senyap.

“Walaupun ada pihak mengatakan ini langkah berisiko untuk Perdana Menteri baharu, namun inilah proses demokrasi yang perlu dilalui dan BN akan terus menyokong penuh sebagai tanda menjunjung titah Seri Paduka bagi menyokong pembentukan kerajaan baharu ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Pada 24 November lalu, Anwar memaklumkan, mesyuarat pertama Dewan Rakyat pada 19 Disember ini dimulakan dengan agenda mengemukakan usul undi percaya terhadapnya sebagai Perdana Menteri.

Anwar menjelaskan, usul tersebut akan dibawa sendiri oleh kerajaan.

Sebelum itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Anwar mengemukakan jumlah sokongan dimiliki bagi mengabsahkan jumlah yang diperoleh bagi memegang jawatan Perdana Menteri ke-10.

Sebaliknya Muhyiddin berkata, beliau yakin mendapat majoriti mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri dengan mendapat sokongan 115 ahli Parlimen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya