Belakang rumah dihempap tanah, batu 

Belakang rumah dihempap tanah, batu 

KEADAAN belakang rumah di Taman Halaman, Ampang yang dihempap tanah akibat kejadian tanah runtuh, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga sekeluarga berdepan detik cemas apabila berlaku kejadian tanah runtuh di bahagian belakang rumah banglo lima tingkat di Taman Halaman Ampang di sini, awal pagi tadi. 

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.26 pagi. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, ketika tiba di lokasi kejadian mendapati tanah dan batuan dari cerun bukit telah menimpa dan merobohkan dinding bahagian dapur rumah mangsa di tingkat satu dan bilik tidur tingkat dua. 

Bagaimanapun, katanya, kejadian tidak melibatkan mangsa. 

“Susulan itu, komander operasi membuat pemeriksaan di semua tingkat dan bilik bagi memastikan semua penghuni telah keluar dengan selamat dari kawasan kejadian.

“Pemeriksaan pergerakan tanah dan memasang sawar-sawar di kawasan tanah runtuh turut dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, tugasan seterusnya diserahkan kepada Unit Cerun Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN