Banyak parti kelirukan pengundi

Banyak parti kelirukan pengundi

USMAN@Osman Aripin yang diiringi anaknya dibantu oleh petugas pilihanraya untuk ke pusat mengundi di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pengundi veteran menganggap terlalu banyak parti bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyebabkan ramai pengundi menjadi keliru untuk menjalankan tanggungjawab tersebut.

Usman@Osman Aripin, 83, berkata, dia kurang bersetuju apabila terlalu banyak parti dan calon bertanding pada PRU15 kerana ia akan mengelirukan para pengundi untuk memilih.

“Saya mula mengundi sejak pilihan raya pertama diadakan lagi. Suasana jauh berbeza kerana dahulu hanya ada tiga parti iaitu Barisan Nasional (BN), Pas dan DAP kerana itu mudah menang.

“Sekarang ini terlampau banyak parti politik bertanding. Bagi saya ini tidak bagus kerana menyusahkan orang-ramai untuk memilih siapa yang mahu diundi,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Usman yang hadir dengan berkerusi roda ke pusat mengundi di Maktab Sultan Ismail (SIC) di sini akibat kemalangan motosikal berhampiran kawasan tempat tinggalnya pada dua minggu lalu, tetap bersemangat menunaikan tanggungjawabnya.

Warga emas berkenaan memberitahu, dia tidak pernah ketinggalan menjalankan tanggungjawab mengundi pada setiap pilihan raya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.