Aplikasi Halalsel pemangkin ekonomi Selangor

Aplikasi Halalsel pemangkin ekonomi Selangor

MOHD. ZAWAWI AHMAD MUGHNI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Melalui inovasi teknologi terkini, Kerajaan Negeri Selangor menerusi Jawatankuasa Tetap Industri Halal bakal membangunkan pemangkin ekonomi halal pertama iaitu Aplikasi Halalsel yang dilengkapi teknologi seperti Realiti Tambahan (Augemented Reality).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni, aplikasi Halalsel ini bertujuan memperkukuh dan memperkasakan lagi industri halal di Selangor melalui platform terbuka terhadap pengguna, usahawan dan pemilik perniagaan bagi merangsangkan produk jualan dan perkhidmatan mereka.

“Selain merancakkan industri halal, ia mendorong syarikat-syarikat yang memiliki sijil halal untuk mempromosikan premis mereka dan secara tidak langsung memudahkan pengguna untuk mendapatkan pengesahan status halal daripada Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).

“Pelancaran aplikasi Halalsel dijangka pada bulan Mac tahun depan dan ia boleh dimuat turun secara percuma dalam peranti pintar Android dan iOS melalui Google PlayStore, Huawei AppGallery dan Apple AppStore,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Zawawi berkata, bagi fasa pertama, aplikasi Halalsel akan memberi keutamaan kepada syarikat premis makanan yang mempunyai pensijilan Halal di negeri Selangor untuk mempromosi premis perniagaan mereka kepada pengguna.

Katanya lagi, pada fasa seterusnya akan disusuli dengan pangkalan data syarikat dari produk makanan dan minuman, farmasi, kosmetik, perhotelan, instrumen kewangan dan barang gunaan yang telah mempunyai pensijilan Halal.

“Perkembangan industri halal yang semakin pesat di negeri ini bukan sahaja melibatkan penduduk yang beragama Islam malah bukan Islam juga semakin cakna atas dasar pemakanan yang suci dan bersih.

“Ia dapat memberi keyakinan terhadap kualiti dan penyediaan makanan yang mencapai standard GMP (Amalan Pengilangan Baik),” katanya.

Jelasnya lagi, ini dapat dilihat dari data yang diperoleh dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dari tahun 2019 hingga 2022 pemegang Skim Pensijilan Halal Malaysia (SPHM) adalah berjumlah 9,259.

Beliau menambah, daripada jumlah 9,259 tersebut, usahawan Bumiputera seramai 1,885 orang dan bukan Bumiputera 7,374 orang.

“Justeru, aplikasi Halalsel ini dibina untuk semua rakyat negeri Selangor tanpa mengambil kira perbezaan agama, kaum dan masyarakat untuk cakna dan mendapat manfaat melalui sistem halalan toyyiban,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya