PETALING JAYA: Selepas makan tengahari, Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyediakan kerusi plastik dan tandas bergerak.
Setakat ini, hanya tiga pimpinan yang kelihatan masuk ke pejabat itu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli; Setiausaha Agung, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abdul Halim.
Perkarangan pejabat Anwar dipenuhi petugas media bagi membuat liputan perkembangan semasa pelantikan Perdana Menteri Malaysia Ke-10. –UTUSAN