Anwar menghadap Agong pertama kali sebagai PM

Anwar menghadap Agong pertama kali sebagai PM

ANWAR Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara petang ini.

Ini kali pertama beliau menghadap Agong sejak dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 minggu lalu.

“Sesi menghadap yang bermula pada pukul 5 petang itu merupakan yang kali pertama buat Anwar sejak beliau menerima surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia Perdana Menteri ke-10 di istiadat pada 24 November lalu,” menurut kenyataan Istana Negara.

Anwar juga akan menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-260 di Istana Negara esok. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya