Akaun YouTube digodam, Alif Satar mohon peminat buat laporan - Utusan Malaysia

Akaun YouTube digodam, Alif Satar mohon peminat buat laporan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, pengacara dan penyanyi, Alif Satar memohon jasa baik peminat membantunya melaporkan kepada YouTube tentang tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menggodam akaunnya di platform berkenaan.

Permintaan tersebut dibuat Alif menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagramnya, sebentar tadi.

“Yes guys… Saluran YouTube Alif kena hack (godam). Saya mohon maaf kepada semua 504,000 pengikut.

“Saya perlu bantuan anda untuk laporkannya. Sayang anda semua!

“Anda boleh pergi ke bahagian komen di YouTube Alif dan maklumkan akaun ini telah digodam, pulangkan kepada Alif Satar,” tulisnya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati gambar profil saluran YouTube pengacara itu bertukar kepada logo syarikat pengeluar kenderaan elektrik ternama dunia.

Pada masa sama, jumlah pengikut saluran tersebut juga meningkat kepada 505,000. Turut dipaparkan adalah video live lelaki terkaya di dunia, Elon Musk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya