Akar umbi UMNO Tumpat ikrar menangkan Che Abdullah

Akar umbi UMNO Tumpat ikrar menangkan Che Abdullah

CHE Abdullah Mat Nawi yang bertanding atas tiket BN semasa hadir ke Proses Penamaan Calon di Dewan Majlis Daerah Tumpat, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Akar umbi UMNO Kepimpinan Barisan Nasional (BN) Tumpat sedia berkempen habis-habisan bagi membantu penyandang kerusi Parlimen berkenaan Datuk Che Abdullah Mat Nawi dari Pas sebelum ini, menang pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) menggunakan simbol dacing.

Ketua Cawangan UMNO Teluk Jering Timur, Ismail Kadir berkata, pihaknya berlapang dada dengan keputusan pucuk tertinggi parti dan menyifatkan Che Abdullah calon berpotensi menang.

“Che Abdullah mempunyai pengaruh besar di Tumpat, beliau mampu memberi kemenangan kepada BN pada PRU15 ini.

“Akar umbi di Cawangan UMNO Teluk Jering Timur terbuka menerima Che Abdullah sebagai calon BN dan kami akan bekerja keras bagi memenangkan beliau nanti,” katanya.

Bagi Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Telaga Bata, Hashim Esa berkata, pemilihan Che Abdullah ini keputusan tepat kerana beliau akan membantu kemenangan BN.

“Demi memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air, calon yang diambil itu mestilah calon boleh menang dan Che Abdullah adalah calon paling tepat,” ujarnya.

Bagi Ketua Wanita Cawangan  Dalam Rhu Pantai, Suriati Mat Jusoh berkata, dalam perjuangan  politik ini perlu berjiwa besar dan siapa pun calon dia perlu akur kerana ini adalah pemilihan pucuk pimpinan.

“Kami di peringkat akar umbi akan membantu berkempen kepada Che Abdullah demi kemenangan BN Tumpat,” katanya.

Pada PRU14, Che Abdullah menewaskan calon BN dan PKR dengan majoriti 17,500 undi. 

Che Abdullah mendapat undi sebanyak 47,041 manakala Datuk Wan Johani Wan Hussin (BN) memperoleh 29,541 undi dan Datuk Nordin Salleh (PKR) hitang deposit selepas meraih 10,003 undi.

Pada PRU15 19 November ini, Che Abdullah bakal ditentang calon Pas, Datuk Mumtaz Md. Nawi; Che Muhammad Aseri Che Ali (GTA), Wan Johari Wan Omar (PH) dan Khairul Azuan Kamarrudin (Warisan). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.