Aaron Carter meninggal dunia

Aaron Carter meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Penyanyi Aaron Carter yang juga adik kepada anggota Backstreet Boys, Nick Carter dilaporkan meninggal dunia pada usia 34 tahun.

Lapor BBC, Carter ditemukan tidak bernyawa dalam bilik air di kediamannya di Lancaster, California pagi Sabtu, waktu tempatan.

Beliau meninggalkan seorang cahaya mata, Prince berusia 11 bulan.

Kematian penyanyi itu disahkan wakil pengurusannya. Bagaimanapun puncanya masih belum diketahui.

“Sekarang adalah masa yang menduga, kami masih cuba mendapatkan maklumat tentang apa sebenarnya yang berlaku dan sebab kematiannya.

“Kami berharap peminat memberi ruang dan mendoakan keluarganya,” kata individu tersebut.

Portal TMZ melaporkan polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan tentang orang lemas.

Carter memulakan kerjaya sebagai artis pembuka acara dalam beberapa siri jelajah dan konsert kumpulan popular, Backstreet Boys.

Carter mencipta nama sekitar hujung 1990-an dengan rekod jualan jutaan dolar menerusi penerbitan empat album pertama.

Carter menerbitkan album sulung ketika berusia sembilan tahun.

Sementara itu, Portal Page Six melaporkan tiga hari sebelum kematiannya, Carter telah ditahan polis kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Beliau ditahan Selasa lalu apabila dikesan memandu dalam keadaan berbahaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya