6 negeri, KL berisiko banjir kilat

6 negeri, KL berisiko banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mengumumkan pelbagai lokasi di enam negeri dan ibu negara yang berpotensi untuk mengalami banjir kilat dalam masa 24 jam.

Menerusi perkongsian Nadma di Twitter, agensi tersebut memaklumkan bahawa notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dikeluarkan oleh Jabatan Saliran dan Pengairan (JPS).

“Berdasarkan maklumat ramalan hujan dari model Numerical Weather Prediction (NWP) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dan sistem Southeastern Asia Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS).

“Terdapat risiko berlakunya banjir kilat di beberapa lokasi sekiranya hujan lebat atau rebut petir yang signifikan,” katanya melalui notis yang dimuat naik di Twitter.

Antara negeri terlibat adalah Kedah (Kuala Muda), tiga daerah di Negeri Sembilan (Jelebu, Rembau Seremban); empat di Selangor (Gombak, Petaling, Kuala Selangor, Sepang); dua di Melaka (Alor Gajah, Jasin); empat di Johor (Batu Pahat, Muar, Segamat, Tangkak dan di Sarawak (Kuching).

Kuala Lumpur turut menghadapi risiko kemungkinan bencana tersebut iaitu 48 lokasi berasingan, antaranya adalah PPR Batu Muda, Kampung Baru dan Flat Taman Desa Aman.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya