4 lokasi Putrajaya alami banjir kilat

4 lokasi Putrajaya alami banjir kilat

EMPAT lokasi di Putrajaya mengalami banjir kilat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hujan lebat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini petang tadi menyebabkan beberapa lokasi dilanda banjir kilat.

Dalam kejadian pukul 4.22 petang itu, lokasi terjejas termasuk Persiaran Seri Perdana dan sekitar kawasan kediaman Ketua Setiausaha Negara (KSN) di Presint 10 serta Klinik Kesihatan Presint 9 dan sekitar Presint 11A.

Bagaimanapun, banjir kilat surut sepenuhnya setengah jam kemudian selepas laluan air longkang dibersihkan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Putrajaya, Mohd Afizi Zolkifli berkata, seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7 dikerahkan ke lokasi kejadian bagi memantau keadaan.

Beliau berkata, sejurus tiba, tiga lokasi di Presint 9, 10 dan 11 mengalami banjir kilat dengan kedalaman satu kaki.

“Pemeriksaan mendapati, banjir kilat berpunca daripada laluan air ke longkang yang tersumbat. Anggota bertindak membersihkan saluran longkang yang tersumbat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, calon Pakatan Harapan (PH) P125 Putrajaya, Dr. Noraishah Mydin Abdul Aziz turut bergegas ke lokasi banjir kilat di Presint 9 dan 10.

“Saya menerima laporan bahawa terdapat kejadian banjir kilat di sekitar Presint 9 dan Presint 11 dan bergegas ke sana bagi meninjau keadaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya