20 rumah terjejas dilanda banjir kilat

20 rumah terjejas dilanda banjir kilat

Anggota APM meninjau keadaan banjir kilat di Kampung Laut, Skudai, Johor. - GAMBAR IHSAN APM JOHOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dianggarkan lebih 20 buah rumah di Kampung Laut, Skudai di sini dimasuki air apabila dilanda banjir kilat petang tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan yang berlarutan itu menyebabkan air naik sehingga paras 1.5 meter.

Walau bagaimanapun, setakat ini tiada lagi penduduk yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Seramai empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta lapan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memantau di kawasan kampung berkenaan.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan keadaan terkawal dengan cuaca mendung,” demikian menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, JPBD memaklumkan, bilangan mangsa banjir di tiga daerah di Johor kini berjumlah 327 orang daripada 82 keluarga yang dipindahkan ke enam PPS setakat pukul 8 malam tadi.

Jawatankuasa itu memaklumkan, seramai 32 orang daripada enam keluarga dari Kampung Ithnin Maarof dan Kampung Sungai Linau ditempatkan di Dewan Utama Kampung Ithnin Maarof, Kluang.

“Jumlah mangsa banjir di Tangkak seramai 242 orang daripada 59 keluarga dari Kampung Simpang 5 Darat, Kampung Parit Bunga Raya Hujung, Kampung Parit Bunga Raya dan Kampung Parit Pulai.

“Kesemua mereka dipindahkan ke dua PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang 5 Darat dan Sekolah Agama (SA) Simpang 5 Darat sejak Isnin lalu,” katanya.

Mangsa banjir di Segamat juga kekal 39 orang melibatkan 12 keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5 ditempatkan di PPS di Balai Raya Kampung Batu Badak.

Seramai 14 orang lagi melibatkan lima keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak ditempatkan di PPS Dewan Komuniti Tasek. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.