14,000 penjawat awam Terengganu terima bonus RM9

[SIDANG DUN] 14,000 penjawat awam Terengganu terima bonus RM900

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM900 kepada kira-kira 14,000 penjawat awam di Terengganu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pemberian bonus itu sebagai menghargai jasa penjawat awam yang menggerakkan pentadbiran kerajaan negeri.

“Saya dengan ini mengumumkan pemberian bonus bernilai RM900 kepada hampir 14,000 penerima yang layak,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Terengganu 2023 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Selain itu, beliau memberitahu, kerajaan negeri memberi ‘pencen rakyat’ bernilai RM600 dengan peruntukan berjumlah RM15 juta bagi memberi manfaat kepada lebih 25,000 penerima.

Tambahnya, kadar baharu sumbangan tabung pendidikan menerusi Skim Permata Sejahtera pula dinaikkan iaitu RM200 bagi anak pertama dan kedua, RM300 bagi anak ketiga hingga kelima dan RM500 bagi anak keenam hingga ke-10.

Katanya, pemberian tunai ‘one-off’  bernilai RM110 sebagai ‘pitih belanja’ kepada lebih 86,000 murid sekolah rendah dan menengah yang layak.

Sementara itu, menurutnya, ibu yang melahirkan anak di Terengganu pada tahun hadapan bakal memperoleh baucar pakej berpantang bernilai RM200.

“Pemberian baucar berkenaan bagi tujuan penjagaan wanita berkenaan selepas bersalin,” ujarnya.

“Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 5,000 wanita (bersalin) yang layak,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya