fbpx

Zul Ariffin mengaku bersalah muat naik video sumbang, didenda RM30,000

ZUL Ariffin bercakap kepada pemberita selepas dirinya didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 atas kesalahan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu klip video bersifat sumbang di Mahkamah Sesyen Sepang. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

SEPANG: Pelakon lelaki popular, Zul Ariffin didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memuat naik klip video bersifat sumbang di akaun Instagramnya Mac lalu.

Hakim Noorhisham Mohd Jaafar menjatuhkan hukuman itu terhadap Zul, 36, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin didakwa memuat teaser klip ‘babak panas’ itu untuk siri yang akan ditayangkan di televisyen bertajuk “Perempuan Itu” pada 18 Mac.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian yang memperuntukan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sebelum itu, Zul tiba di Kompleks Mahkamah Sepang pada pukul 8.10 pagi dengan memakai sut berwarna kelabu gelap dengan diiringi beberapa individu dipercayai peguam dan pengurusannya.

Terdahulu, hantaran pelakon itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai apabila klip video yang dimuat naiknya dikatakan tidak sesuai untuk dipertontonkan khususnya di Malaysia kerana mengandungi elemen sumbang.

Susulan itu, pelakon dan juga model itu menerima kecaman daripada netizen dengan rata-rata daripada mereka tidak bersetuju dengan tindakan memuat naik video itu. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN