YPM sedia RM300,000 bantu pelajar terlibat bencana

YPM sedia RM300,000 bantu pelajar terlibat bencana

MOHD Razman Yaakob menyerahkan bantuan cermin mata kepada salah seorang pelajr pada Program CSR Pendidikan Pesisir Pantai di SMK Baru Rakit, Kuala Nerus, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Yayasan Pelajaran Mara (YPM) menyediakan peruntukan sejumlah RM300,000 menerusi skim bantuan khas bagi membantu pelajar yang terlibat dengan bencana pada tahun ini.

Pengerusi YPM, Datuk Mohd. Razman Yaacob berkata, daripada jumlah itu, RM91,700 telah disumbangkan kepada 750 pelajar yang menjadi mangsa banjir di lapan buah negeri sejak Januari lalu.

Bantuan tersebut menurut beliau, meliputi sumbangan kewangan RM150 kepada setiap murid serta keperluan persekolahan antaranya pakaian, kasut, beg dan alat tulis.

“Skim bantuan khas ini bukan sahaja disalurkan kepada mangsa banjir sahaja sebaliknya bencana seperti kebakaran atau tanah runtuh. YPM memang ada unjuran setiap tahun.

“Sebanyak RM300,000 itu cuma peruntukan awal, jika berlaku bencana yang kritikal dan melibatkan terlalu ramai pelajar yang terkesan, kita akan tambah (peruntukan) bergantung keperluan,” katanya.

Mohd. Razman berkata demikian ketika ditemui pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Pendidikan Pesisir Pantai di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Rakit di sini, hari ini.

Pada program itu, YPM menyantuni pelajar kurang berkemampuan di daerah Kuala Nerus dan Hulu Terengganu dengan bantuan kewangan, cermin mata dan basikal kepada 176 murid.

Beliau menambah, pelajar institut pengajian tinggi (IPT) turut dibantu dari segi bayaran yuran pengajian dan komputer riba agar mereka dapat belajar dengan sempurna.

Selain itu, menurutnya, sejak Januari lalu, YPM telah menyalurkan bantuan sebanyak RM70,450 kepada 388 pelajar di Terengganu yang juga lokasi kelapan Program CSR Pendidikan Pesisir Pantai.

“Kita telah kenal pasti satu atau dua kawasan di Semporna, Sabah yang akan menjadi destinasi berikutnya program ini yang dijangka dibuat pada awal November depan,” katanya. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya