YBR peruntuk RM300,000 kepada 300 pelajar B40

YBR peruntuk RM300,000 kepada 300 pelajar B40

REPLIKA cek Bantuan Awal Pengajian YBR berjumlah RM100,000 diserahkan kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni) USM, Prof. Dr. Azlinda Azman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Bank Rakyat (YBR) memperuntukkan RM300,000 bantuan awal pengajian kepada 300 pelajar golongan B40 di Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Perlis (Unimap).

YBR juga memperuntukkan RM45,000.00 untuk tiga Institut Pengajian Tinggi (IPTA) yang berpengkalan di utara itu dengan setiap IPTA menerima RM15,000.

Menurut YBR, pelajar tersebut terdiri daripada mereka sudah menerima tawaran kemasukan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda serta pelajar sehingga semester ketiga dalam memulakan pengajian di semester yang baru.

Jelas yayasan itu, setiap dari mereka akan menerima bantuan sebanyak RM1,000 setiap seorang bagi membuat persediaan kemasukan sesi pengajian yang baru sahaja bermula.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datuk Mohd. Shahrizal Sahri berkata, program bantuan awal pengajian itu diwujudkan buat keluarga yang kurang berkemampuan terutama masyarakat luar bandar, pedalaman dan miskin bandar.

“Ia supaya bantuan ini dapat memberi peluang kepada pelajar ini melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, YBR melalui Perpustakaan Digital Serambi Ilmu Rakyat (SIR Corner) turut menyumbangkan set kelengkapan kepada tiga IPTA berkenaan.

YBR juga memperuntukkan sebanyak RM350,000 setiap tahun di SIR Corner untuk langganan bahan bacaan dan pangkalan data.

Bagi Mohd. Shahrizal, SIR Corner itu merupakan projek baru YBR yang menyediakan satu ruangan selesa di ruangan perpustakaan di IPT terpilih.

Beliau berkata, ruangan tersebut dilengkapi dengan peralatan komputer bagi memudahkan perkongsian maklumat melalui koleksi bahan bacaan ‘Digital SIR’ yang bersesuai dengan pelajar.

“Projek ini merupakan kolaborasi SIR YBR bersama 18 IPT terpilih di seluruh Malaysia untuk melahirkan pelajar yang lebih komited, berkualiti, mampan, serta mampu berdaya saing di semua peringkat yang menjadi asas kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara untuk jangka masa yang panjang.

“Pelajar diharap dapat memanfaatkan setiap peluang yang disediakan,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya