YBR bantu 100 pelajar B40 UPM

YBR bantu 100 pelajar B40 UPM

ABD Rahman Bakri menyerahkan replika cek RM100,000 kepada Naib Canselor UPM, Datuk Prof. Dr. Mohd. Roslan yang merupakan peruntukan Bantuan Awal Pengajian kepada 100 pelajar B40 Universiti Putra Malaysia (UPM) yang disalurkan oleh YBR.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyediakan peruntukan Bantuan Awal Pengajian kepada 100 pelajar B40 Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai persediaan memulakan pengajian.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datuk Dr. Abd. Rahman Bakri hadir dan menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Awal Pengajian YBR dan Perasmian SIR Corner kepada pelajar UPM.

Dalam ucapannya, beliau berharap bantuan itu dapat membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung pelajar dan keluarga mereka dalam memulakan pengajian bagi semester yang baru bermula.

“Misi membantu pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan terutama daripada kalangan masyarakat luar bandar, pendalaman dan miskin bandar program ini, dapat memberi peluang kepada mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Pada majlis sama, YBR turut menyumbang satu ruangan ilmu yang dikenali sebagai Serambi Ilmu Rakyat (SIR) Corner, sebagai satu sudut untuk para pelajar mencari bahan untuk mereka menambah ilmu pengetahuan dan kajian mereka. 

YBR dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya memperuntukkan RM100,000 kepada pelajar UPM yang menerima tawaran kemasukan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda.

Mereka menerima bantuan sebanyak RM1,000 setiap seorang bagi membuat persediaan kemasukan sesi pengajian yang baru sahaja bermula. 

‘SIR Corner’ yang dilancarkan itu juga adalah projek yang mana YBR menyediakan satu ruangan selesa dilengkapi dengan peralatan komputer bagi memudahkan perkongsian maklumat melalui koleksi bahan bacaan digital SIR yang bersesuai dengan pelajar. 

Projek itu adalah kerjasama bersama 18 Institut Pengajian Tinggi terpilih di seluruh Malaysia yang melibatkan peruntukan sebanyak RM270,000. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.