Warga emas maut selepas beri makan kucing, ayam

Warga emas maut selepas beri makan kucing, ayam

KEADAAN motosikal ditunggang Abd. Rahim Hussin (gambar kecil) selepas terlibat kemalangan di lampu isyarat Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Perjalanan pulang seorang warga emas memberi makan kucing dan ayam peliharaan berakhir tragedi selepas maut dalam kemalangan di lampu isyarat Simpang Ampat di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, mangsa, Abd. Rahim Hussin, 74, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala. 

Turut maut dalam nahas adalah seorang pekerja kilang, Muhammad Farul Rizuan Zulkiply, 32. 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila warga emas itu cuba membuat pusingan U di lampu isyarat berkenaan untuk menghala ke Alor Gajah. 

“Untuk sementara, warga emas itu duduk dengan anaknya di Alor Gajah kerana menjaga isterinya yang sakit di sana.

“Rutin harian arwah akan balik ke rumahnya di Taman Naning untuk beri makan kucing dan ayam, kemungkinan arwah berpatah balik dan buat pusingan U bagi mengambil barang yang tertinggal,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Arshad, hasil siasatan mendapati, Muhammad Farul Rizuan yang menunggang motosikal jenis SYM Jet X telah meneruskan perjalanannya semasa lampu isyarat berwarna hijau. 

“Bagaimanapun tiba-tiba warga emas berkenaan yang datang dari arah Alor Gajah membuat pusingan U, menyebabkan motosikal mereka bertembung.

“Akibat rempuhan itu kedua-dua penunggang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” jelasnya.

Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya